Lepas kematian Bella, saya jadi agak fobia bila anak-anak bulus saya yang lain sakit. Ini antara Perkara yang betul-betul merisaukan saya. Tapi takdir Allah siapa yang boleh lawan. saya diuji lagi dengan anak bulus saya Ovaltine aka Ali Kafe.
Hari pertama dia sakit saya dah perasan. badannya semakin lemah, makan minum semua tak mahu. asik tidur saja. bulu pun dah banyak gugur. Ya Allah risaunya. saya takut apa yang terjadi pada Bella jadi pada Ovaltine.
Malam tu saya gagah juga bawa dia ke klinik Dr. Joe. alhamdulilah Dr ada.
inilah keadaannya. langsung tak aktif |
Memandangkan keadaannya yang agak lemah Doktor terpaksa ambil sample darah. |
Hasilnya, Ovaltine terkena jangkitan virus demam kutu kucing yang boleh bawa maut. dan jangkaan doktor, bella juga mati sebab virus tersebut |
Akhirnya, Ovaltine kena tahan wad. saya redha jelah... yang penting dia sihat. Alhamdulillah.... seharian di klinik , selepas macam-macam rawatan dibuat, Ovaltine sihat seperti biasa. Syukur Ya Allah......
#Tak salah berbakti pada haiwan. sesungguhnya haiwan juga mampu brdoa, dan setiap doa itu pasti akan diangkat Allah.. insyallahh..
0 comments :
Post a Comment