skip to main | skip to sidebar

Berapa Banyak Entri Yang Ada

  • ► 2015 ( 5 )
    • ► January ( 5 )
  • ▼ 2014 ( 24 )
    • ▼ December ( 10 )
      • Chef Amer Academy
      • Kunci Rumah. Done!
      • Demam Kutu Kucing
      • Bercuti - Jalan-jalan - Buang Duit
      • Teknik Memancing
      • Akhirnya Bella Pergi Jua
      • Kisah Katak Dan Siput
      • Perkhemahan 2 hari 1 malam ... Khemah VS Pantai Pu...
      • Sesal Separuh Nyawa
      • Clean Eating...Apa benda alah tu???
    • ► November ( 9 )
      • Menara Taming Sari
      • 30 Day Squat Challenge
      • IOI Mall Putrajaya vs Dubu Dubu Urban Korean Food
      • Bila mana musim hujan kembali
      • Bella Yang Sakit
      • Aliza Homestay
      • Brownish yang malas
      • Alhamdulillah
      • Alahai beg sekolah
    • ► October ( 5 )
      • TOLONG
      • "Dia" Teman Buat Assignment
      • Sekolah Dulu & Sekolah Sekarang
      • Follower pertama ~ Kasi sokong sehabis Baik
      • Entri Pertama vs Kelas Hari Pertama

Ikut Saya Yok

Berapa Orang Yang Dah Masuk

Sparkline

Labels

Bella (1) EPPD1063 (28) Fakulti Ekonomi & Pengurusan (29) GA02265 (27) Melaka (2) Pntai Puteri (1) aplikasi komputer (28) bba (26) diet (1) entry kedua (1) entry kedua puluh (1) entry kedua puluh dua (1) entry kedua puluh empat (1) entry kedua puluh enam (1) entry kedua puluh lapan (1) entry kedua puluh lima (1) entry kedua puluh satu (1) entry kedua puluh sembilan (1) entry kedua puluh tiga (1) entry kedua puluh tujuh (1) entry keduabelas (1) entry keempat (1) entry keempat belas (1) entry keenam (1) entry keenam belas (1) entry kelapan (1) entry kelapan belas (1) entry kelima (1) entry kelima belas (1) entry kesebelas (1) entry kesembilan (1) entry kesembilan belas (1) entry kesepuluh (1) entry ketiga (1) entry ketigabelas (1) entry ketujuh (1) entry ketujuh belas (1) follower (1) future study (27) khemah (1) layan jiwang (1) memancing (1) semester 1 2014/2015 (28) snail (1)

Bila Aliza BerceRita

  • Home
  • Admin
  • Entri Baru
  • Edit Entri

Wednesday, December 31, 2014

Chef Amer Academy


Nah!!
Siapa yang minat buat kek atau apa yang seangkatan dengannya boleh la cuba ikut kursus ni. saya baca review orang, memang hebatlah. saya teringin nak cuba, tapi macam takmampu lagi, sebab hujung minggu terlalu sibuk dengan kuliah... dan hari kerja sibuk dengan kerja. lagipun... ongkosnya belum mampu sebab dok terkejar nak bayar yusan sekolah.

trylah korang.


#timbalah ilmu walau sampai ke negara China

Posted by Aliza at Wednesday, December 31, 2014 0 comments
Labels: aplikasi komputer , bba , entry kedua puluh empat , Fakulti Ekonomi & Pengurusan , future study , GA02265 , semester 1 2014/2015

Monday, December 29, 2014

Kunci Rumah. Done!


Alhamdulillah.....
Akhirnya selepas menanti selama hampir 4 tahun, rumah saya siap juga. kenapa perlu tunggu 4 tahun? Ruma yang saya beli pemajunya bermasalah. masalah yang ta tau macamne saya nak explain... tapi akhirnya......



#sabar itu mengajar kita menjadi manusia
Posted by Aliza at Monday, December 29, 2014 0 comments
Labels: aplikasi komputer , bba , entry kedua puluh tiga , EPPD1063 , Fakulti Ekonomi & Pengurusan , future study , semester 1 2014/2015

Friday, December 26, 2014

Demam Kutu Kucing

Lepas kematian Bella, saya jadi agak fobia bila anak-anak bulus saya yang lain sakit. Ini antara Perkara yang betul-betul merisaukan saya. Tapi takdir Allah siapa yang boleh lawan. saya diuji lagi dengan anak bulus saya Ovaltine aka Ali Kafe. 

Hari pertama dia sakit saya dah perasan. badannya semakin lemah, makan minum semua tak mahu. asik tidur saja. bulu pun dah banyak gugur. Ya Allah risaunya. saya takut apa yang terjadi pada Bella jadi pada Ovaltine. 

Malam tu saya gagah juga bawa dia ke klinik Dr. Joe. alhamdulilah Dr ada.

inilah keadaannya. langsung tak aktif

Memandangkan keadaannya yang agak lemah Doktor terpaksa ambil sample darah.

Hasilnya, Ovaltine terkena jangkitan virus demam kutu kucing yang boleh bawa maut.
 dan jangkaan doktor, bella juga  mati sebab virus tersebut 

Akhirnya, Ovaltine kena tahan wad. saya redha jelah... yang penting dia sihat. Alhamdulillah.... seharian di klinik , selepas macam-macam rawatan dibuat, Ovaltine sihat seperti biasa. Syukur Ya Allah......




#Tak salah berbakti pada haiwan. sesungguhnya haiwan juga mampu brdoa, dan setiap doa itu pasti akan diangkat Allah.. insyallahh..
Posted by Aliza at Friday, December 26, 2014 0 comments
Labels: aplikasi komputer , bba , entry kedua puluh dua , EPPD1063 , Fakulti Ekonomi & Pengurusan , future study , GA02265 , semester 1 2014/2015

Wednesday, December 24, 2014

Bercuti - Jalan-jalan - Buang Duit

Harini 24 Disember 2014. Kami bercuti lagi, berjalan makan angin nak mengabiskan sisa -sisa tahun 2014. Berjalan ke mana yer.... hehehehehe nanti saya cerita di next entri.

Sebenarnya bercuti di tanggal sebelaum atau selepas  25 Disember buat kami sekeluarga dah menjadi satu kewajipan. sebab tanggal 25 Disember adalah tarikh ulang tahun perkahwinan saya dan Incik Suami. Alham dulillah... masih bersama hingga hari ini. 

Tahun lepas kami bercuti di PD saja.. tahun ni???? nampak tu nampak tu... laut.. jetty.... :p


Alhamdulillah....  kali pertama buat Adik dan Kali kedua buat Kak long...
 dan ibu... selepas 8 tahun baru  datang balik.

#Kita tak mampu mengubah ketentuan-Nya tapi kita boleh terima dan teruskan hidup seadanya biar diduga dengan rasa kecewa. Tak perlu persoalkan
Posted by Aliza at Wednesday, December 24, 2014 0 comments
Labels: aplikasi komputer , bba , entry kedua puluh satu , EPPD1063 , Fakulti Ekonomi & Pengurusan , future study , GA02265 , semester 1 2014/2015

Sunday, December 21, 2014

Teknik Memancing

Yowwwww saya datang lagi. tapi kali ni saya punya cerita lain dari yang lain. Gasak.... bukan apa saya suka bercerita tentang aktiviti yang saya dan keluarga buat. Jadi tak salah kalau saya kongsi dengan korang kan. 

Kali ni nak cerita pasal memancing ikan. alahai.... incik suami saya sejak 2 menjak ni aktif tul memancing, maka cik puan ni redha jelah.. tapi sekali sekala cuba jugalah menjebakkan diri. tapi sebelum memancing, meh saya cerita pasal teknik-teknik memancing yang slalu orang guna...

Kebiasaannya jika di kolam air masin ada 3 cara pancingan yg selalu digunakan:

  1. Pancingan Dasar (Bottom) - umpan udang hidup atau hirisan isi ikan dibiarkan tenggelam hingga dasar air menggunakan pemberat batu ladung. Untuk udang hidup biasanya ikatan "batu hidup" digunakan bagi membolehkan udang berenang-renang menarik ikan menghampirinya.
  2. Pelampung - umpan udang hidup dibiarkan berenang-renang terapung menggunakan pelampung dan tidak sampai ke dasar. Perambut dibiarkan sedikit panjang bagi membolehkan udang berenang utk menarik perhatian ikan.
  3. Casting - umpan biasanya udang kopek yg diluruskan. Pemberat batu ladung kecil berubang tengah diletakkan atas ikatan mata kail bagi memberi sedikit berat dan membolehkan umpan tenggelam ke dasar sebelum ditarik secara perlahan-lahan sehingga "sentapan" kecil dirasakan. Tali utama ditegangkan bila saja ada sentapan kecil dan tunggu sentapan agak kuat (menandakan umpan sudah berada di dalam mulut ikan). Pastikan 'drag' dikunci dan rembat agak kuat bagi memastikan mata kail tertusuk kemas di mulut ikan dan "Fish On". Jika mata kail tidak tertusuk kemas, berkemungkinan ikan dapat melepaskan diri adalah sangat tinggi. Cara pancingan ini adalah cara 'aktif' mencari lubuk ikan / di mana ikan berada tanpa menunggu ikan yg menghampiri umpan.

Antara 3 cara ini, cara ke 3 lebih memerlukan skil tinggi iaitu skil menduga dan skil instinct selain skil teknikal dan tahap usaha serta kesabaran yang tinggi.

  • Skil menduga - bagi melihat riak atau kocak air dan mengagak kedudukan ikan / lubuk.
  • Skil instinct / gerak rasa - bagi mengagak bhw umpan sudah betul2 berada di mulut ikan selepas sentapan kecil pertama dan ianya bukan 'false alarm'.
  • Skil teknikal - menentukan cara tarikan dan memastikan umpan bergerak di dasar seolah-olah hidup dan mampu menarik perhatian ikan.

Cara ini memerlukan tahap usaha berterusan biar keletihan kerana perlu melempar dan menarik umpan berulang kali bagi memastikan umpan benar-benar lalu didepan mata si ikan. Ia pastinya memerlukan kesabaran tinggi.

Kepada pemancing pasti biasa mendengar pemancing lain yg hilang sabar mula mengeluarkan sumpah seranah kerana umpannya belum disapa ikan. Mulalah menyalahkan pihak kolam kononnya tiada ikan atau pemancing lain yg mungkin mengganggunya (seringkali berlaku pelampung pemancing lain hanyut dan menyebabkan tali bersilang dan kusut antara pemancing).

Nasihat saya, kalau tak sabar nak dapat ikan beli saja di pasar. Memancing adalah tentang usaha, kesabaran, teknik dan taktik serta rezeki ketentuanNya.

Wah dah macam penulis majalah pancing pulak olahan saya panjang lebar. Jadi, dalam tulisan di atas mana satukah tenik dan yang mana pula taktik?

Apamacam??


#hobi bila digabungkan dengan riadah bersama keluarga pasti menguntungkan
Posted by Aliza at Sunday, December 21, 2014 0 comments
Labels: aplikasi komputer , entry kedua puluh , EPPD1063 , Fakulti Ekonomi & Pengurusan , future study , GA02265 , memancing , semester 1 2014/2015

Wednesday, December 17, 2014

Akhirnya Bella Pergi Jua


Ingat lagi si tompok ini? Bella peneman saya study.... :'(
Si Bella ini telah pergi menemui Penciptanya buat selama-lamanya pagi Jumaat tempohari. Lukanya hampir sembuh dan dicuci setiap hari. Dia diberi makan antibiotik.
Namun badannya semakin lemah. Dia tak mahu makan tak mahu minum walaupon disuapkan. Giginya mula patah. Akhirnya dia pergi jua ke alam abadi.
Allah lebih sayangkan dia dari sayang kami kepadanya walaupon asalnya dia anak kucing jalanan yang menumpang teduh di kedai kami dan sayang itu telah berputik. Dijaga sejak dilahirkan ibunya hingga bila sudah besar ibunya keluar dan tidak kembali lagi.
Sesungguhnya rasa sedih ni hanya Allah yang tahu. saya rindukan Bella. rindu sangat
Begitulah kita di alam ini. Semuanya hanya pinjaman belaka termasuk tubuh & nyawa kita. Bila sampai masanya kita semua akan kembali kpd Tuhan yg 1, Rabbul Jalil.
Dari Dia kita datang, kepada Dia jugalah kita kembali.
Moga cukup amalan kita bekalan hari perhitungan di sana nanti...amin..


#Sesungguhnya redha itu susah
Posted by Aliza at Wednesday, December 17, 2014 0 comments
Labels: aplikasi komputer , bba , Bella , entry kesembilan belas , EPPD1063 , Fakulti Ekonomi & Pengurusan , future study , GA02265 , semester 1 2014/2015

Thursday, December 11, 2014

Kisah Katak Dan Siput

Kadang-kadang siput babi pun boleh menjadi sumber inspirasi wehhhh


Dulu zaman sekolah saya memang suka sangat baca buku cerita tentang kisah dongeng. Agaknya sesuailah dengan sikap saya yang suka berdongeng dengan kawan-kawan. ahahahahahah... almaklumlah, saya ni kan orang sastera, maka sel-sel otak untuk berdongeng tu lebih lah sket.

jadi, nak dijadikan cerita, satu malam tu masa nak masuk kereta saya terserempak dengan seekor siput babi... Ya Allah, lembabnya bergerak.... tetiba plak saya teringat satu kisah dongeng pasal siput ni hahahahaha... jom kita baca cerita zaman kekanak plak....

Ada seekor siput selalu memandang sinis terhadap katak. Suatu hari, katak yang kehilangan kesabaran akhirnya berkata kepada siput: “Tuan siput, apakah saya telah melakukan kesalahan, sehingga Anda begitu membenci saya?”

Siput menjawab: “Kalian kaum katak mempunyai empat kaki dan bisa melompat ke sana ke mari, Tapi saya mesti membawa cengkerang yang berat ini, merangkak di tanah, jadi saya merasa sangat sedih.”

Katak menjawab: “Setiap kehidupan memiliki penderitaannya masing-masing, hanya saja kamu cuma melihat kegembiraan saya, tetapi kamu tidak melihat penderitaan kami (katak).”

Dan seketika, ada seekor helang besar yang terbang ke arah mereka, siput dengan cepat memasukkan badannya ke dalam 
cengkerang, sedangkan katak menjadi mangsa si helang.


Pendek je kan ceritanya...
Tapi cerita ni rasanya banyakmemberikan pengajaran buat saya... tentang rasa bersyukur dengan nikmat yang Allah beri. Kekadang saya sebagai seorang manusia pun selalu terbabas dengan sikap dan rasa diri sendiri yang tak pernah rasa cukup dengan apa yang ada.... hingga kekadang rasa seperti seorang yang kufur nikmat... Nauzubillah...

Nikmatilah kehidupan kita,tak perlu membuat perbandigan dengan orang lain. rasa cemburu terhadap orang lain akan membawa lebih banyak penderitaan. Lebih baik fikirkan apa yang kita miliki. Hal tersebut akan membawakan lebih banyak rasa syukur dan kebahagiaan bagi kita sendiri.
Posted by Aliza at Thursday, December 11, 2014 0 comments
Labels: aplikasi komputer , bba , entry kelapan belas , EPPD1063 , Fakulti Ekonomi & Pengurusan , future study , GA02265 , semester 1 2014/2015 , snail

Tuesday, December 9, 2014

Perkhemahan 2 hari 1 malam ... Khemah VS Pantai Puteri Melaka

Gambar dan cerita ni dah terperam lama kot... tak sempat sangatlahnak update blog. mana nak update blog lama dan nak update blog kedua lagi... terkial-kial jadinya. tapi jangan risau, kejadian ni baru je lagi... tak lama mana pun. hihihihi

tempoh hari saya dan incik suami amik keputusan trus jer terjah tempat berkhemah.. asalnya plan ni dah lama, tapi sebab kekangan masa.. maka tertangguhlah... so bila ada peluang, apa lagi... teruskan je. jangan banyak cerita. Incik suami cakap, aktiviti ni nak ajar anak-anak supaya rasa hidup susah takde elektrik bagai, takde air bagai.. biar dorang rasa enjoy dengan aktiviti macam ni daripada terus hanyut dengan dunia teknologi yang tengah menular macam virus.

memula nak g PD je.. tapi rasanya PD comform ramai orang.. trus lakami lajak ke Melaka... kebetulan masa kami sampai tempat masih banyak.. wahhhhh aa lagi... sila pacak khemah.

tada, khemah kami dah siap
pemandangan senja yang cantik. jarang dapat lihat panorama macam ni... nyaman
malam pula, kami ber bbq... yeahhhhh kenyang
Esok pagi waaahhhhh rupanya ramai yang dah pacak khemah waktu tengah malam.
memang sungguh mengasyikkan. tak payah nak chek in hotel bagai
Tapi jangan lupa, sila bawa benda alah ini... kalau tak kenyang nyamuk

Sekali sekala buat aktiviti macam ni memang best. lagi best kalau bateri handphone habis ahahahahahahaha


#riadah bersama keluarga insyaallah menghasilkan rasa kebersamaan yang tanggi dan lebih berkualiti
Posted by Aliza at Tuesday, December 09, 2014 0 comments
Labels: aplikasi komputer , bba , entry ketujuh belas , EPPD1063 , Fakulti Ekonomi & Pengurusan , future study , GA02265 , khemah , Melaka , Pntai Puteri , semester 1 2014/2015

Friday, December 5, 2014

Sesal Separuh Nyawa

Alahai... kepala saya stress sebenarnya... midterm dah start... persediaan macam hampeh je rasa. malam ni nak study, tapi ntah napa kepala asik merewang dah sampai ke dunia mana pun tak tahu. tetiba kat tv pasang lagu best pula... puas menggagau lagu siapa.... wahhhhh penyanyi yang saya minat rupanya, patutlah lagunya best... sentap makkkkk... jom layan...




Andai pastinya ku tahu
Takkan aku tinggalkanmu
Namun masih keliru teringat masa lalu

Tetap tiada ku lupakan
Indah setiap sentuhan
Cinta yang kau tinggalkan
Kekalnya berdampingan

Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang

Masih terasa nafasmu
Lembut menusuk jiwaku
Dengan dihembus bayu
Membawa khabar rindu


Tapi sulit ku teruskan
Engkau jauh ke hadapan
Aku, tabah berjalan sembunyikan harapan



#kekadang perasaann di siang hari jarang untuk selari dengan perasaan di malam hari

Posted by Aliza at Friday, December 05, 2014 0 comments
Labels: aplikasi komputer , bba , entry keenam belas , EPPD1063 , Fakulti Ekonomi & Pengurusan , future study , GA02265 , layan jiwang , semester 1 2014/2015

Monday, December 1, 2014

Clean Eating...Apa benda alah tu???

Clean Eating atau eat Clean atau Makan bersih  sama jer maksudnya. Apa kah ceritanya tu yer? hihihi... sebenarnya hal-hal eat clean ni terkenal dan lumrah untuk orang yang sibuk jaga badan dan kesihatan. Saya dulu pun tak tahu sangat pasal eat Clean ni.. malah cerita-cerita tentang hal ni pun tak pernah amik tau. Tapi sejak beberapa tahun yang lepas... ewahhh ayattt.... yelah, sejak saya dah mula kisah akan berat badan.. sejak saya mula menjadi sensetif bila berat naik wahima hanya 1kg, saya dah mula belajar tentang selok belok eat Clean. meh saya cerita sikit susur galur eat Clean...
Clean Eating adalah cara paling baik untuk mengamalkan diet harian, dengan menambah kuantiti makanan yang sihat dan meminimumkan pengambilan makanan kurang berkhasiat atau tinggi bahan pengawet. Ini bermakna kita harus memilih makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin penuh selain protein dan lemak yang sihat. Bila amalkan eat clean ni, kita dah tak payah nak kira banyak mana kalori yang kita makan.
Bila nak amalkan Eat Clean ni, banyak benda yang kita perlu tahu, antaranya, banyak pantang larang pemakanan yang kita kena buat.. yelah... namapun eat clean aka makan bersih kan... ahahahahha

Memula sekali, kita kena elakkan atau kurangkan makan makanan proses kaya dengan sodium, gula dan lemak. caranya, cek sajalah bahan-bahannya. Jikalau senarai terlalu panjang atau mengandungi bahan yang susah disebut, apa kata jauhkan diri anda dari mengambilnya. Pilih makanan lebih sihat dengan alternatif memasak sendiri apa yang mahu disuap ke mulut. Pasti lebih sihat kerana anda tahu apa bahan-bahan yang digunakan sebelum terhidangnya makanan itu. 


Kedua pula, silalah makan sayur-sayuran yang diperkaya dengan vitamin terutamanya Vitamin A yang baik untuk penglihatan dan sistem imunisasi. Selain itu, ia juga punya Vitamin K yang membantu pembentukan tulang sihat. Sayur-sayuran juga kaya serat untuk mempercepat rasa kenyang. Tambahan pula, sayur-sayuran juga rendah kalori, jadi tidak usah risau tentang ukuran pinggang anda. 


Selalunya bila nak diet, ramai kata jangan makan lemak atau ambil lemak. tapi sebenarnya dalam eat clean, kita tidak perlu mengelak langsung pengambilan lemak untuk, cuma perlu fokuskan kepada lemak sihat. Tukar dari mentega, keju dan daging kepada lemak sihat seperti minyak zaitun, minyak canola dan lemak yang diperolehi dari kekacang dan ikan. Ingat, lemak tidak sihat akan meningkatkan risiko penyakit jantung! so... mudah


Gula pula adalah salah satu punca gemuk yang paling popular sekali. yeahhh gula...jadi kita bolehla cuba mengurangkan makanan manis dalam diet. 

Selain gula, garam yang terlalu tinggi juga akan meningkatkan tekanan darah. Ramai orang mengambil lebih dari 2,300mg sodium sehari atau satu sudu kecil garam. Mengurangkan makanan proses akan menurunkan pengambilan garam kerana makanan dipek ini lebih sodiumnya berbanding makanan dimasak sendiri. Jika memasak di rumah, pilih perasa seperti rempah ratus, buah sitrus atau cuka sebagai pilihan. 


Lagi satu sebelum saya lupa... daging tu pun kena kurang kan siket yer...ukan tak boleh makan, tapi kena kurangkan kuantitinya. kalau nak protien, kita leh gantikan dengan Protein lain seperti kekacang, tempe atau tofu boleh menjadi galang ganti kepada sumber protein anda.

wahhhh lagi sekali saya jadi pakar pemakanan... oklah... cukup cukup dulu pasal diet... nanti kita sembang bab lain plak. kalau nak info detail.. boleh la tanya incik Google atau masuk trus terus web site ni..ini..ini. dan iniii ahahahahha.



#misi menjadi cantik adalah idaman semua manusia
Posted by Aliza at Monday, December 01, 2014 0 comments
Labels: aplikasi komputer , bba , diet , entry kelima belas , EPPD1063 , Fakulti Ekonomi & Pengurusan , future study , GA02265 , semester 1 2014/2015

Saturday, November 29, 2014

Menara Taming Sari

Hahahaahahhaha, sengal tak tajuk? taklah sengal mana pun kan.... meh nak share pengalaman. pengalaman naik apa ntah nama benda alah tu.. yang saya tahu Taming Sari je. tinggi woooo. asalnya saya taknak naik, saya takut.... hmmm bukan takut la.. tapi gayat... gayat sangat sampai rasa nak terjun. huhuhuhu... tapi bila mengenangkan sikecik saya tu nak sangat naik... maka ibunya redha jelah.

Bila naik Taming Sari ni, kita akan berada pada ketinggian 80 meter dan boleh lihat pemandangan sejauh 5km, Dari atas ni, kita leh nengok banyak tempat-tempat menarik dan bersejarah seperti Selat Melaka, Kompleks TUDM, Stadthuys, Puncak St. Paul, Memorial Kemerdekaan, Pulau Melaka dan Masjid Negeri. Dan yang paling menggerunkan... nak naik atas ni makan masa lebih kurang 7 minit dan limit penumpang plak adalah 80 orang. puncak paling tinggi ialah 110 meter. Harga Tiket: Dewasa RM 20.00 Kanak-kanak: RM10.00. tapi kalau korang ada Mykad atau Mykid dapatlah kurang 50%. Hahahahahahahaha, saya dah jadi macam pemandu pelancong plak.... tapi oklah untuk orang yang gayat macam saya ni.... so sila enjoy hokeyyyy...

Opss lupa plak, kalau nak beli tiket onlin pun boleh juga... klik je kat sini... enjoyyyyy




teringin nak melancong ke negara luar... melancong ke london, jepun, korea bagai... tapi melancong dalam negeri sendiri pun tak habis lagi. alahai... tetiba terlupa pepatah.. hujan emas di negeri sendiri, hujan batu di negeri orang :p
Posted by Aliza at Saturday, November 29, 2014 0 comments
Labels: aplikasi komputer , bba , entry keempat belas , EPPD1063 , Fakulti Ekonomi & Pengurusan , future study , GA02265 , Melaka , semester 1 2014/2015

Tuesday, November 25, 2014

30 Day Squat Challenge

30 Day Squat Challenge....ahahahaahahha, macam pelik je kan bunyiknya. ok, meh saya explain, saya sebenarnya sama macam orang lain yang sukakan sesuatu yaang cantik, anggun, menawan ..hmmm macam-macam lagilah yang seangkatan dengannya. 

kekadang bila nengok pompuan cantik ngan badan yang solid molid, mula lah rasa cemburu tu membuak. so apa lagi... opss sebelum tu macam yang korang tau, saya ni kan boleh dikatakan aktif dalam jogging, setiap petang jogging, selagi tak muntah hikau selagi tu tak stop ahahahahha... tapi memandangkan sejak dua menjak ni hujan dah semakin kerap, maka aktiviti berlari dah jadi terhad. Nak workout kat umah pun rasa macam dah bosan dengan step yang sama. nak dapatkan step yang baru kena tunggu beberapa hari lagi sebab masih dalam proses. jadi apa lagi.. ayok kita try  Squat Challenge ni plak. mana tau hasilnya menakjubkan. tapi sebelum start Squat Challenge, sila pastikan korang amik ukur lilit dulu yer, seang kita nak wat perbandingan. jom try siapa berani sahut cabaran....

saya? hehehehehehe saya dah start seminggu... hasilnya nanti yer.... kikikiki, okbai

30 hari yang agak mencabar kot



#tak salah untuk menjadi cantik, yang penting kita tahu siapa kita
Posted by Aliza at Tuesday, November 25, 2014 0 comments
Labels: aplikasi komputer , bba , entry ketigabelas , EPPD1063 , Fakulti Ekonomi & Pengurusan , future study , GA02265 , semester 1 2014/2015

Sunday, November 23, 2014

IOI Mall Putrajaya vs Dubu Dubu Urban Korean Food

Kejadian ni entah bila. saya pun dah lupa. Godek-godek telefon jumpa gambar-gambar ni. dah lama simpan kot. lai lai lai... mari saya bercerita kisah gambar ni.

rasanya semua tau kot IoI Mall dah buka.. ala yang kat Putrajaya tu, besar lah juga. mungkin lagi besar dari Mid Vally... ahahah ntah.. saya jarang ke Mid Vally.. so hamtam sajalah. 

pusing punya pusing, kami terjumpa kedai makan ni... apa lagi... ayok teraiii....


Dubu Dubu namanya. siapa gemar nengok filem atau drama Korea, meh try maka sini

Ini menu saya. alamak, saya lupa lah apa nama menu ni. yang saya tahu, ada brown rice, sayur kacang soya

Ini ayam goreng mustard... ini harus try.. sebab pada saya sedap
Jadi apa lagi, marilah korang test saya rasa macam nak pergi lagi sini.

#kebahagian itu hanya milik Allah. Kesedihan itu juga Hak Milik Allah...
Posted by Aliza at Sunday, November 23, 2014 0 comments
Labels: aplikasi komputer , bba , entry kesebelas , EPPD1063 , Fakulti Ekonomi & Pengurusan , future study , GA02265 , semester 1 2014/2015

Monday, November 17, 2014

Bila mana musim hujan kembali

Rasanya Dah lama tak hujan. Tapi sejak dua menjak ni nampak dah nak masuk musim tengkujuh. Hujan Dah kerap datang ziarah.
Macam biasalah, kalau hujan baju mana pernah nak sempat kering. Nanti mulalah nak menggagau segala bakul yang ada.
Saya, inilah peneman sejati setiap Kali hujan berpanjangan datang bertandang. Mendobi di kedai dobi. Erkkk betul ke ayat tu.
Dobi ni, mahal jugalah pada saya kalau nak bandingkan dengan dobi yang biasa saya pergi. Kebetulan dobi ni baru buka, maka nak tryla. Jom mendobi.... Layan diri tau, masuk je coin 50 sen baru.... Trus pusingla Dia... Okbai






#hujantu juga rezeki Dari Allah....
Posted by Aliza at Monday, November 17, 2014 0 comments
Labels: entry keduabelas , EPPD1063 , Fakulti Ekonomi & Pengurusan , future study

Thursday, November 13, 2014

Bella Yang Sakit

Korang ingat lagi tak anak bulus saya yang begitu rajin temankan saya study. Bella..... sekang dia tengah sakit. kepalanya luka kena gam kayu. alahai.. hanya Allah yang tahu rawannya saya. 

memula ingatkan letak minyak gamat je dah ok.. tapi bella suka menggaru, habis berdarah lukanya tu. mau tak mau, saya bawa jugalah dia ke klinik. semoga Bella cepat sembuh. boleh teman ibu belajar.

Sebelum g klinik.... nampak tu.. berbalut dah kepala

Akhirnya... terpaksa dicorongkan kepala Bella bagi elak dia menggaru luka kepalanya.


#Tidak salah berbakti kepada haiwan.. haiwan juga makhluk Allan kan. sesungguhnya Haiwan juga mampu mengeluarkan doa2 yang akan Allah makbulkan.. Insyaallah.
Posted by Aliza at Thursday, November 13, 2014 0 comments
Labels: aplikasi komputer , bba , entry kesepuluh , EPPD1063 , Fakulti Ekonomi & Pengurusan , future study , GA02265 , semester 1 2014/2015

Monday, November 10, 2014

Aliza Homestay

Ohhh yeahhhh maju setapak lagi....
Insyallah dalam masa yang tak berapa lama lagi.... akan bertambah lagilah homestay kat dunia ni ahahahahaha.....

Perancangan buat homestay ni adalah perancangan saya dan ayah satu ketika dulu. Alhamdulillah, tak lama lagi akan termakbullah apa yang dirancang. Semoga Allah permudahkan semua yang dirancang. Insyaallah.

Doakan saya berjaya ehhhh...... Lokasi??? Tungguuuuu..........


Coming soon. Insyaallah


#Merancang adalah bagus. berusaha adalah wajib.... Tawakkal, Hanya Kepada Allah...
Posted by Aliza at Monday, November 10, 2014 0 comments
Labels: aplikasi komputer , bba , entry kesembilan , EPPD1063 , Fakulti Ekonomi & Pengurusan , future study , GA02265 , semester 1 2014/2015

Thursday, November 6, 2014

Brownish yang malas


Dulu sebelum sambung belajar, saya rajin buat kek, buat kuih... buat roti bagai.... tapi saya malas masak lauk pauk heheheehehheh..... 

ninggu lepas saya teringin sangat nak makan brownish... Ya Allah Dia saja yang tahu betapa teringinnya saya. maka dengan pemalasnya saya... saya hantam saja buat brownish versi saya....

Alhamdulillah... sedap jugalah ahahahahaha. Layannn... resepi? nanti nantilah kalau rajin karang.



#kekadang buat sendiri lebih afdhal daripada membeli hehehehehe.... hidup biar serba berkurangan asal adab tak berkurangan 
Posted by Aliza at Thursday, November 06, 2014 2 comments
Labels: aplikasi komputer , bba , entry ketujuh , EPPD1063 , Fakulti Ekonomi & Pengurusan , future study , GA02265 , semester 1 2014/2015

Monday, November 3, 2014

Alhamdulillah

Alhamdulillah... terima kasih incik suami. hadiah katanya sebab belajar lagi. nampak gayanya takde harapan untuk bermimpi nak berhenti.




Forgive, so you can be free
Posted by Aliza at Monday, November 03, 2014 0 comments
Labels: aplikasi komputer , bba , entry kelapan , EPPD1063 , Fakulti Ekonomi & Pengurusan , future study , GA02265 , semester 1 2014/2015

Saturday, November 1, 2014

Alahai beg sekolah



Inilah kejadiannya. Belumsampai beberapa bulan sekolah beg dah koyak. Berfikir pula saya apa barang yang saya bawa. Batu kah? Kayu kah? Atau buku kah? Huhuhu.... 

Bila ini yang berlaku, saya dah mula faham apa yang anak-anak.sekolah sekarang rasa bila kena bawa beg sekolah berat. Tapi takpe... Beg troli kan ada disediakan. Hmmm apakah saya perlu beli beg troli juga? Kalau perlu nak kaler merah ye....


®setiap bicara yang dikeluarkan mencermin apa yang sedang ditonjolkan  ddiri kita.
Posted by Aliza at Saturday, November 01, 2014 0 comments
Labels: aplikasi komputer , bba , entry keenam , EPPD1063 , Fakulti Ekonomi & Pengurusan , future study , GA02265 , semester 1 2014/2015

Friday, October 31, 2014

TOLONG


"TOLONG", satu perkataan yang agak mudah kita dengar dan selalu kita dengar. Minta tolong, sesuatu yang mudah, tapi nak ungkapkan perkataan TOLONG agak susah juga.

sekarang ni orang lebih senang guna arahan berbanding minta tolong. seperti perbualan saya dengan kak long...

  1. "kak long ibu tolong lipat kain"
  2. "kak long lipat kain"
berbeza kan ayat yang kita faham. mungkin nadanya sama, cuma maksudnya macam berbeza. hat nombor 1 jelas sekali kita minta tolong. yang nombor 2 plak maca kita mengarah pulak. orang yang dengar pun mesti bengang.

alamak... macam lecturer atau ustazah plak saya yer... bukan per, idea perkataan tolong ni timbul untuk projek pertama matapelajaran CITRA saya dan group.... hehehehehehe.... doakan kami sekumpulan boleh buat projek ni dengan baik dan berjaya yer....


tetiba teringat cerita sin chan ang selalu cakap "tolongnya mana?" setiap kali mama atau papanya minta tolong tanpa perkataan tolong.
Posted by Aliza at Friday, October 31, 2014 0 comments
Labels: aplikasi komputer , bba , entry kelima , EPPD1063 , Fakulti Ekonomi & Pengurusan , future study , GA02265 , semester 1 2014/2015

Friday, October 24, 2014

"Dia" Teman Buat Assignment

Sebenarnya tak banyak idea yang timbul. Entahlah mungkin sebab badan tak sihat makanya sel-sel otak lambat atau tak langsung berhubung antara satu sama lain. Ahahahahahaha...... 

Tapi dalam apa keadaan pun atas dasar peringatan untuk diri sendiri... Hidup mesti diteruskan dengan plan asal. Ngeeeee..... Yeaahhhhh assignment banyak.... Kena buat cepat, kalau tak nanti Cikgu marah. 

Tugasan yang kena bagi memang tak sempat saya buat waktu Kerja, Kerja opis bertimbun, mana Kerja sendiri mana lagi Kerja orang lain yang saya kena sambung. Tragis kan..kan..kan.. Hokalohhhhh panjang plak citer.. Sebenarnya saya nak kenalkan dengan sidia yang teman saya buat assignment bila malam... Mehla kenalan...

tada... nama saya Bella....

inilah kerjanya bila terlepas dari kandang
Kalau diikutkan sejarah saya ni, memang tak boleh dekat ngan golongan beebulu banyak macam ni.. alasannya, Incik Athma begitu rajin dan sayang pada saya hingga rasa susah nak tinggalkan saya lelama.... OKBAI.


biar jadi diri sendiri jangan jadi orang lain semata-mata nak kelihatan hebat di pandangan kasar hamba Allah yang lain.
Posted by Aliza at Friday, October 24, 2014 0 comments
Labels: aplikasi komputer , bba , entry keempat , EPPD1063 , Fakulti Ekonomi & Pengurusan , future study , GA02265 , semester 1 2014/2015

Monday, October 20, 2014

Sekolah Dulu & Sekolah Sekarang


Dah masuk minggu ketiga masuk Sekolah balik. Masih belum mendapat keserasian yang betul-betul melekat di jiwa. Huhuhuhu ayat mengalahkan ayat para karyawan konon. Begitu poyos kan saya. OK abaikan semua tu, sekang saya nak bercerita tentang perbezaan Sekolah atau dalam erti kata lain cara belajar 15 tahun lepas dengan sekarang.

Saya ingat lagi Dulu, buku di beli sesiap sekali dengan masa pendaftaran. Kertas kajang jangan lupa berkajang-kajang perlu dibeli. Semuanya semata-mata untuk tulis nota. Kalau tak pun, nanti lecturer akan photostat kan nota-nota untuk subjek-subjek yang mereka ajar. Walllahhhhh..... Tu belum tambah dengan setiap Kali lecturer mengajar kat depan tangan kita sibuk salin nota, itu mana yang tak dusediakan nota, maka wajib salin. Kekadang nasiblah bila tak sempat salin nota. Belum ditambah plak dengan nota yang kita tak ada sebab tak datang kelas. Perghhhh parah nak mencari nota. 

Hmmm itu cerita Dulu, sekarang... Wahhhh begitu moden dan begitu mudah cara anak-anak sekarang belajar. TAdnimasuklah mak anak-anak ni. Ahahahahahaha korang nengoklah gambar yang saya kongsikan ni....


ni salah satu aplikasi atau sistem yang disediakan UKM untuk pelajar-pelajar mereka. sistem ni pelajar n lecturer leh nengok senarai pelajar, siapa yang mengajar, siapa ahli group mereka. Nota, latihan dan kuiz pun kat sini juga boleh nengok.

Kan, mudah dan canggihkan cara belajar sekarang berbanding dulu. Sekarang dah tak payah nak tunggu lecturer photostat nota dah, print je sendiri dari i-folio ni. Nanti kalau ada tugasan nengok saja kat sini. Tapu sendiri mau ingatlah... Kena alert selalu untuk setiap anounce yang dibuat pensyarah...

Ok, cukup dulu la sembang-sembang pasal study. Lepas ni saya ada crita best plak... Ok chowwwwww,......

Hidup selagi hidup
Hidup selagi mampu...


Posted by Aliza at Monday, October 20, 2014 0 comments
Labels: aplikasi komputer , bba , entry ketiga , EPPD1063 , Fakulti Ekonomi & Pengurusan , GA02265 , semester 1 2014/2015

Tuesday, October 14, 2014

Follower pertama ~ Kasi sokong sehabis Baik

Yessszaaaaaaaaaaaa.... dah masuk entri kedua untuk blog yang suci murni... kahkahkahkahkahkah.... 

Terus terang saya cakap, agak kekok sikit bila nak berblog di sini. bukan apa, ayat harus skema dan bertamadun, kalau tak karang pensyarah susah nak faham ayat caca merba. bahasa harus dijaga huhuhuhu..... sori, just kidding.

Alhamdulillah, blog nombor dua saya ni dah ada pengikut atau dalam bahasa inggerisnya follower. amacam? ok tak followers saya? huhuhuhu... terima kasih berjuta tingkat untuk sokongan yang kalian berikan buat saya. walau hanya di alam maya, sokongan padu buat saya untuk menjadi yang terbaik amatlah tinggi hingga tak mampu nak dibalas dengan sebarang kata-kata. terima kasih korang. Lepas ni kalau baca blog Bila Aliza BerceRita, semua kena jadi skema.. jangan bosan yer bila saya asik cerita pasal belajar, kelas, pensyarah, buku, pensil, pen, pemadam bagai yer.....

TQ Oshin & kak Farah sebab support za... tq..tq..tq


Jangan Bersahabat dengan orang yang merendahkan anda. ingat tu!!
~ Mario Teguh
Posted by Aliza at Tuesday, October 14, 2014 0 comments
Labels: aplikasi komputer , bba , entry kedua , EPPD1063 , Fakulti Ekonomi & Pengurusan , follower , future study , GA02265 , semester 1 2014/2015

Monday, October 13, 2014

Entri Pertama vs Kelas Hari Pertama

Assalamualaikum.
Entri pertama saya di tahun pertama saya sebagai pelajar di dalam blog baru saya. huhuhuhuhuhu..... agak skema bunyinya. 

Blog ni saya create sebagai memenuhi syarat salah satu matapelajaran yang saya ambil semester ini. Matapelajaran apa erkkk alamak macam lupa pulak. Aplikasi Komputer rasanya, hahahahahahahha... ampunkan saya Dr. Pensyarah, lepas ni saya janji saya akan ingat semua matapelajaran yang saya ambil. sambil angkat tangan nih tunjuk peace
Dah lama tak belajar sebenarnya, otak rasa tepu. esok nak masuk kuliah malam ni baru sibuk mencari alat tulis bagai. Jadi inilah hasil rembatan yang saya dapat di kedai runcit dekat rumah. Merah menyala kan pensil case saya :p Dan yang paling penting jangan lupa gegula sebagai ubat kepada masalah mengantuk yang saya alami sejak azali lagi. 

Kelas pertama saya pada tanggal 11 Oktober 2014. Begitu buatkan saya tak nyenyak tidur malamnya. Alahaiiiii bukan sebab excited nak belajar, tapi sebab susah nar hati memikirkan masalah Matematik dan Makro yang saya dah belajar siangnya. Ya Allah..... sekali dihitung dek akal saya yang pendek dan cetek ni saya rasa seakan taknak datang kelas dah esok. Saya rasa begitu berat sangat beban yang saya perlu tanggung. Tapi Alhamdulillah... kawan sebelah menyebelah, kawan-kawan luar bidang, kawan-kawan baik, kawan segala kawan bagi semangat yang cukup kuat buat saya... "teruskan za!! Insyaallah boleh!!" ... terus saya rasa semangatnya lain macam. Dan yang peling penting semangat yang diberi oleh sidia saya. Doa dan semangat yang dia tiupkan cukup buat saya rasa begitu bersemangat untuk teruskan apa yang telah saya mulakan sekarang ini. Insyaallah....

Buat kengkawan seangkatan dengan saya yang telah ambil keputusan yang sealiran dengan saya... bertabahlah kita demi apa yang telah kita rancangkan semalam... Insyaallah...


Tiada Sebarang Kejayaan yang berlipat kali Ganda
Tanpa Sebarang Usaha Yang Berlipat Kali Ganda"
Posted by Aliza at Monday, October 13, 2014 4 comments
Labels: aplikasi komputer , bba , EPPD1063 , Fakulti Ekonomi & Pengurusan , future study , GA02265 , semester 1 2014/2015
Newer Posts Home

PENAFIAN: Pembacaan dan penerimaan pembaca tentang isi kandungan blog ini adalah atas tanggungjawab pembaca sendiri. Blogger tidak bertanggungjawab untuk apa jua masalah yang timbul. Full Copyright by AlizaReesya